Kaji Nisbah Guru Dan Pelajar Untuk Kurangkan Beban Guru
Kementerian Pelajaran disaran supaya mengambil kira faktor nisbah purata antara guru dan pelajar dalam kelas sebagai satu langkah mengenalpasti formula terbaik bagi mengurangkan beban kerja guru.
Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) Awang Mohamad berkata cadangan itu dilihat boleh membantu kementerian dalam mencari formula untuk mengatasi masalah bebanan tugas guru yang telah dibangkitkan selama ini.
"Satu daripada cara untuk meringankan beban kerja ini ialah dengan menambah bilangan guru, ertinya kalau sekarang satu bilik darjah 1.5 guru, sekarang kita minta satu bilik darjah 2.0 (ertinya satu bilik darjah ada dua orang guru)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian Konvensyen Pendidikan Guru Besar Malaysia ke-11 dan Persidangan Perwakilan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia ke-23 di sini Rabu.
Konvenyen empat hari bertemakan "Guru Besar Berkualiti Pemangkin Kegemilangan" itu dirasmikan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Datuk Dr Ahamad Sipon.
Awal tahun ini, Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan bahawa kementerian akan menyelesaikan kajian terperinci dalam tempoh setahun untuk mencari formula bagi mengurangkan beban kerja dan memperbaiki persekitaran kerja guru di negara ini.
Langkah tersebut bertujuan membolehkan guru mempunyai masa yang cukup bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas teras, iaitu mengajar.
Kajian tersebut yang bermula tahun ini dan hasil laporan lengkap kajian itu akan dilaksanakan pada Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9), kata Hishammuddin.
Awang berkata cadangan mengkaji purata guru dengan pelajar itu juga relevan dengan saranan beberapa pihak lain yang mahukan jawatan guru pembantu bagi mengatasi masalah yang sama.
"Seperti yang saya sebutkan dalam ucapan saya tadi, apa yang kita mahukan bukannya pembantu guru tetapi guru pembantu. Kalau pembantu guru, kerani pun boleh dihantar sebagai pembantu tetapi guru pembantu ertinya ada guru lain juga dalam bilik darjah," katanya.
Selain dapat membantu meringankan beban tugas yang ditanggung guru, beliau berkata jawatan berkenaan boleh menyelesaikan masalah ketiadaan guru yang bergantung kepada guru sandaran tidak terlatih.
-- BERNAMA